Farah Habibah binti Mustafa 2008730539 AD227 ( 5A ) Photojurnalism

Ahad, 3 April 2011

Festa Belon Panas Putrajaya 2011

Festa ini diadakan pada 17.3.2011 - 20.3.2011 di Putrajaya... Pelbagai aktiviti diadakan di sini seperti wall climbing, jualan barangan murah,  dan sebagainya.. Suasana di festa ini sangat meriah. Gambar - gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada aktiviti yang diadakan di festa tersebut.





Jumaat, 25 Mac 2011

Potraiture

Minggu ni saya akan memaparkan potret badut. Potret ini diambil semasa Festa Belon Panas di Putrajaya minggu lepas.






Selasa, 15 Mac 2011

Taman Negara Pahang

Minggu ini saya akan menceritakan tentang Taman Negara Pahang. Taman negara ini terletak di Kuala Tahan Pahang. Di sini terdapat pelbagai spesis flora dan fauna yang hampir pupus di negara kita. Selain itu juga kita dapat melihat kemudahan yang digunakan di Taman negara ini. Gambar-gambar di bawah adalah sebahagian daripada gambar yang saya ambil semasa berkunjung ke taman negara tersebut.



Board Taman Negara


Salah satu daripada tempat penginapan yang terdapat di Taman Negara Pahang



Kemudahan yang digunakan untuk menyeberangi sungai




Salah satu daripada restoran yang terdapat di Taman Negara Pahang





Antara spesis flora dan fauna 


Salah satu daripada spesis semut 


Antara pengujung yang mengujungi taman negara






Suku Kaum Batek

Suku kaum Batek tinggal di kawasan pedalaman utara Pahang , barat Terengganu , dan selatan Kelantan. Pada ketika dahulu suku kaum ini hidup dalam keadaan berpindah randah untuk mencari tempat yang sesuai bagi mendapatkan bahan makanan.

Pada minggu lepas saya dan kawan-kawan telah berpeluang untuk melawat suku kaum Batek di Taman Negara Pahang yang terletak di Kuala Tahan. Setelah sampai di sana kami telah disambut oleh Tok Batin yang menjaga kaum keluarga asli suku kaum Batek Negerito. Kami telah meluangkan masa kira-kira beberapa jam, Kami telah ditunjukkan dengan cara menghidup api dengan menggunakan sejenis pokok hutan dan kami juga di ajar cara menyumpit dengan betul.

Gambar-gambar dibawah menunjukkan cara hidup kaum batek di Taman negara tersebut:  

Kediaman Kaum Batek





Kaum Batek yang tinggal di Taman Negara Pahang



Menghidupkan api dengan menggunakan sejenis pokok hutan



menyumpit dan membuat peralatan menyumpit



Diantara peralatan yang digunakan oleh kaum Batek dalam kehidupan harian mereka.









Ahad, 6 Mac 2011

Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia

Minggu ini saya akan menceritakan tentang Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia. Sambutan ini diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur Pada 4 - 6. Mac.2011.. Hari kemuncak sambutan ini ialah pada hari Ahad ( 6. Mac. 2011 ). Berikut merupakan sebahagian daripada gambar yang sempat saya ambil pada hari tersebut.




Gambar - gambar dibawah menunjukkan perarakkan kontijen dan aset Tentera Darat. Di antara kontijen - kontijen yang meyertai perarakkan tersebut ialah Kontijen lelaki, Kontijen wanita, kontijen Polis Tentera dan sebagainya.
















Disamping itu juga terdapat juga pertujukkan payung terjun oleh para tentera. Gambarnya adalah seperti dibawah.


Selain itu juga terdapat tentera dari luar menghadiri sambutan tersebut.Gambarnya adalah seperti di bawah.




Sabtu, 26 Februari 2011

Pasar Tani Selayang


Gambar diatas menunjukkan b.board "Pasar Tani Selayang"

Gambar - gambar di bawah pula menunjukkan sebahagian daripada aktiviti manusia ketika berada di pasar tersebut dan sebahagian daripada barang-barang yang terdapat di pasar tersebut.



Gambar di atas menunjukkan pelangan yang terdapat di tempat menjual sayur di pasar tersebut. kelihatan beberapa orang pelangan sedang memilih sayur.




Gambar - gambar di atas pula menunjukkan pelangan yang sedang memilih buah - buahan untuk dibeli dan penjual sedang melayan pelangan yang berkunjung ke gerai mereka untuk membeli barangan serta gambar yang menunjukkan harga sesikat pisang yang berharga 2 Ringgit.


Gambar di atas menunjukkan penjual ayam sedang sibuk memotong ayam untuk di jual kepada pelangan.